Tuesday, October 26, 2010

PERHATIAN!!!

Sila muat turun semula bahan Promosi SKPM 2010 sekiranya tiada paparan yang berkenaan.
Bahan boleh dimuat turun melalui buletin di bawah ini dan di sebelah kanan laman ini iaitu (Promosi SKPM 2010)
-Harap maklum-

Wednesday, October 20, 2010

PROMOSI SKOR SKPM 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Pulau Pinang dengan kerjasama pihak PPD Timur Laut akan mengadakan Promosi SKPM 2010 untuk semua sekolah di Daerah Timur Laut.

Sehubungan dengan itu, Pengetua/Guru Besar bersama dengan seorang penyelaras SKPM dikehendaki hadir ke promosi tersebut seperti butiran berikut:

Tarikh: 27 - 28 Oktober 2010
Masa : 7.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Dewan SMK (L) Methodist, Pulau Pinang

Tuan/Puan juga dikehendaki membawa bersama:

1. Komputer riba
2. 'Extention wire
3. 'Broadband'

* Sila klik disini untuk muat turun Bahan Promosi SKPM 2010
-Unit Pengurusan Sekolah-

Wednesday, September 22, 2010

SEMINAR KOLOKIUM INOVASI PENGURUSAN TINGKATAN 6

Satu seminar Kolokium Inovasi Pengurusan Tingkatan Enam Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Timur Laut akan diadakan pada 2 Oktober 2010, bertempat di SMK (L) Methodist bermula jam 8 pagi. Semua guru Tingkatan Enam diwajibkan hadir.

Sekian Terima Kasih

e-G TUKAR BAGI JANUARI 2011

Makluman untuk semua Pengetua / Guru Besar:

Sila buat proses pengesahan pertukaran guru untuk sesi pertukaran guru Januari 2011 pada atau sebelum 2 Oktober 2010.

Dimohon menghantar borang sepadu serta borang m.s 6 permohonan Pertukaran Guru ke PPDTL pada atau sebelum 3 Oktober 2010.

Borang Permohonan Pertukaran Guru bagi sekolah Menengah untuk perhatian Encik Sunny Seowfuddin dan sekolah Rendah (SK/SJKT) untuk perhatian Puan Hajah Ainon Hayati, (SJKC) untuk perhatian Encik Chan Hock Lye.

Sekian harap maklum

-Unit Pengurusan Sekolah-

Tuesday, May 4, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN DATA PENGKOPERASIAN DATA SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK) 2010

Perhatian....
Guru Prasekolah diwajibkan hadir. Berikut adalah butir mesyuarat:

Tarikh : 12 Mei 2010 ( Rabu )
Masa : 12.00 tengah hari - 5.00 petang
Tempat : PKG Gelugor
Pegawai Operasi : Encik Mohd Sauki Bin Mohamed,
Penolong Pengarah ( Sektor Prasekolah )
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,KPM

Sila bawa bersama :
1.Komputer Riba
2.Dokumen guru Prasekolah
3.Dokumen murid
(Borang Permohonan Masuk ke Prasekolah)
4.Salinan sijil lahir murid
5.salinan kad pengenalan ibu bapa murid
6.Plug penyambung
7.Broadband ( jika ada )

Sebarang pertanyaan, sila hubungi
Hajah Fatimah Binti Yon ( 017-4563426 )

Thursday, April 22, 2010

MUAT TURUN MAKLUMAT PRASEKOLAH

Sila muat turun Maklumat Murid Prasekolah di sebelah kanan laman ini. Terdapat 5 item pada ruang berkenaan:

1. Klik setiap item berkenaan
2. Klik butang 'download'
3. Sila pastikan item yang telah dimuat turun dapat dibuka

Pastikan komputer riba/komputer tuan mempunyai perisian MICROSOFT OFFICE 2007 kerana item ini hanya sesuai dibuka pada MICROSOFT OFFICE 2007. Pengguna talian KPM NET tidak dapat muat turun item tersebut. Sila menggunakan talian streamyx, Wireless atau broadband.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila berhubung dengan Encik Yusri, Pegawai Tadbir Maklumat.


Tuesday, March 30, 2010

Borang permohonan Pertukaran Guru e-GTukar

PermohonanPertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Jun 2010 untuk guru DGA29, DG32 (KUP),DG41,DG44(KUP) secara on-line. Keputusan pertukaran guru akan dapat diketahui pada 28 MEI 2010 di laman web KPM.
Bagi guru yang tidak dapat memohon secara on-line sila muat turun borang-borang permohonan e-GTukar.
Sekian,harap maklum.

MUAT TURUN SEKOLAH SHOWCASE 2010

Sila muat turun Showcase SMK Datuk Haji Mohamed Nor Ahmad di blog ini. Klik paparan MUAT TURUN SEKOLAH SHOWCASE 2010 di sebelah kanan blog ini.

Harap maklum

Wednesday, March 10, 2010

Permohonan Pertukaran Guru Secara On-Line

Permohonan Pertukaran guru dalam Negeri (Antara Dearah ) dan Dalam Daerah untuk Sessi Jun 2010 akan dibuka secara on-line mulai 1 April 2010 hingga 25 April 2010 melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/epgo.
Pengesahan (Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan ) diminta memastikan sekolah semasa mereka dan perlu mendaftar dan membuat pengesahan permohonan pertukaran guru sekolah masing-masing mulai1 April 2010 hingga 26 April 2010.
sekian harap maklum

Tuesday, March 9, 2010

e-GTukar.

Taklimat berkenaan dengan e-GTukar akan diadakan pada 16 Mac 2010 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (L ) Methodist ( MBS ).Diharap pihak sekolah akan muat turun bahan-bahan tersebut di ruang eg Tukar yang disediakan sebelum menghadiri taklimat tersebut. Sekian,terima kasih.

Sunday, March 7, 2010

Selamat Datang Ke Blog Pengurusan Sekolah PPDTL

Blog Unit Pengurusan Sekolah PPD Timur Laut telah dilancarkan pada 8 Mac 2010. Ia bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan PPDTL. Selain itu, pihak sekolah dan juga ibu bapa mengetahui perkembangan semasa Unit Pengurusan Sekolah. Diharap blog ini memberi manfaat kepada semua.

- Unit Pengurusan Sekolah PPDTL -