Tuesday, March 30, 2010

Borang permohonan Pertukaran Guru e-GTukar

PermohonanPertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Jun 2010 untuk guru DGA29, DG32 (KUP),DG41,DG44(KUP) secara on-line. Keputusan pertukaran guru akan dapat diketahui pada 28 MEI 2010 di laman web KPM.
Bagi guru yang tidak dapat memohon secara on-line sila muat turun borang-borang permohonan e-GTukar.
Sekian,harap maklum.

MUAT TURUN SEKOLAH SHOWCASE 2010

Sila muat turun Showcase SMK Datuk Haji Mohamed Nor Ahmad di blog ini. Klik paparan MUAT TURUN SEKOLAH SHOWCASE 2010 di sebelah kanan blog ini.

Harap maklum

Wednesday, March 10, 2010

Permohonan Pertukaran Guru Secara On-Line

Permohonan Pertukaran guru dalam Negeri (Antara Dearah ) dan Dalam Daerah untuk Sessi Jun 2010 akan dibuka secara on-line mulai 1 April 2010 hingga 25 April 2010 melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/epgo.
Pengesahan (Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan ) diminta memastikan sekolah semasa mereka dan perlu mendaftar dan membuat pengesahan permohonan pertukaran guru sekolah masing-masing mulai1 April 2010 hingga 26 April 2010.
sekian harap maklum

Tuesday, March 9, 2010

e-GTukar.

Taklimat berkenaan dengan e-GTukar akan diadakan pada 16 Mac 2010 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (L ) Methodist ( MBS ).Diharap pihak sekolah akan muat turun bahan-bahan tersebut di ruang eg Tukar yang disediakan sebelum menghadiri taklimat tersebut. Sekian,terima kasih.

Sunday, March 7, 2010

Selamat Datang Ke Blog Pengurusan Sekolah PPDTL

Blog Unit Pengurusan Sekolah PPD Timur Laut telah dilancarkan pada 8 Mac 2010. Ia bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan PPDTL. Selain itu, pihak sekolah dan juga ibu bapa mengetahui perkembangan semasa Unit Pengurusan Sekolah. Diharap blog ini memberi manfaat kepada semua.

- Unit Pengurusan Sekolah PPDTL -